Wednesday 18 January 2012

Expo Inovasi Islam 2012 - USIM

Tahun 2012, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan meneruskan kegiatan tahunan Expo Inovasi Islam. Pautan resmi Ekspo Inovasi Islam ialah USIM i-inova.

I-Inova Tahun 2012 akan diadakan pada 20 - 21 Oktober 2012, bertempat di Stadium Tertutup Nilai (berhampiran USIM). Jika anda mendaftar sebelum atau pada 9 Julai 2012, yuran penyertaan ialah RM700 bagi satu pasukan. Tarikh akhir penyertaan ialah 13 Ogos 2012, dengan bayaran penuh RM850.00 satu pasukan.

Kaedah pembayaran ialah melalui cek, atau "Money Order", atau "Postal Order" atas nama "Bendahari USIM".

Kategori pertandingan ialah Terbuka (Open) dan Pelajar Pra-siswazah (Undergraduate) dalam bidang-bidang (fields of competition) seperti berikut:
  1. Sains Tulen (Pure Science) dan Sains Gunaan (Applied Science)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)

Hadiah-hadiah lumayan disediakan. Kedua-dua kategori Terbuka (Enam (6) Anugerah) dan "Undergraduate" (Enam (6) Anugerah) akan bertanding untuk memenangi hadiah:

  1. Anugerah Inovasi Islam (Islamic Innovation Award) - Sijil dan RM 3,000.00
  2. Anugerah Ibnu Sina (Ibnu Sina Award) - Sijil dan RM 1,000.00
  3. Anugerah Al-Khawarizmi (Al-Khawarizmi Award) - Sijil dan RM 1,000.00
  4. Anugerah Emas (Gold) - Sijil dan RM 500.00
  5. Anugerah Perak (Silver) - Sijil
  6. Anugerah Gangsa (Bronze) - Sijil

Kategori Terbuka termasuk pelajar siswazah mana-mana universiti awam atau swasta, pusat-pusat penyelidikan, atau penyelidik persendirian.

Kategori Pra-siswazah termasuk pelajar pra-siswazah mana-mana universiti awam atau swasta, dan maktab-maktab.